Sunday, August 30, 2009

Adakah minda anda merdeka ??




......Tunku Abdul Rahman Putra ketika diwawancara pada 1982 bagi menyiapkan buku ’25 Tahun Merdeka’ pernah mengingatkan orang Melayu, janganlah terlalu berbangga dengan kepahlawanan Laksamana Hang Tuah, sebaliknya jadilah keterampilan tokoh legenda itu sebagai pendorong bagi mencapai kejayaan. Kata Tunku, Hang Tuah seorang tak mampu ‘buat apa-apa’, malah empayar Melaka juga dijajah oleh Portugis pada 1511. Begitu juga Dato’ Dol Said tak mampu pertahankan Naning, kalau sekadar beliau seorang sahaja digeruni penjajah Inggeris, atau Dato’ Maharajalela Pandak Lam di Pasir Salak berseorangan melonjakkan semangat Melayu berkobar-kobar.

Maknanya, orang Melayu perlukan lebih ramai Hang Tuah, Dato’ Dol Said atau Dato’ Maharajalela. Orang Melayu juga mahukan lebih ramai Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Ibrahim Haji Yaakob, Pak Sako, Dr Burhanuddin al-Helmi atau Ahmad Boestamam menjadi arkitek penggerak nasionalisme. Dalam bahasa mudah, sekarang ini orang Melayu masih memerlukan ramai Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir atau Tengku Razaleigh Hamzah bagi mengangkat keunggulan Melayu dalam bidang masing-masing

Merdeka bukanlah pergantungan dari kejayaan org dulu2 shaja, kita pun kena sentiasa majukan diri,, jadikan minda kita merdeka,,
SEHEBAT WIRA-WIRA MELAYU DAHULU,,
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

petikan dari orangkita.blogspot

6 comments:

  1. xsemesti bdk yg bercat bendera itu bersemangat patriotik...
    bukan dr luaran tp dalaman...
    MERDEKA!hihi

    ReplyDelete
  2. hehe.. itu kan gmbr je.. sj2 je.. sj je nk kondem,.. akak xupdate blog?

    ReplyDelete
  3. Salam kenal,

    Maksud kata Tunku tu (w/pun ms tu org kt dh nyanyuk ke?) disebalik hero Melayu bernama Hang Tuah, Dol Said, Maharajalela wujud jg org Melayu yg bernama......(menyampah nk sebut)

    ReplyDelete
  4. sape la yg cat bdk 2...mst xleh nk tanggal dh...kih3

    ReplyDelete
  5. hahahah..bape tong cat agaknya habis kat budak tu? :)

    ReplyDelete
  6. hehe, itu xpenting yg pnting semangat patriotik,,hhehe

    ReplyDelete