Tuesday, August 18, 2009

MUngkin ini dpt dijadikan sebagai sumber rujukan anda

Mungkin ini dpt menjadi salah satu sumber rujukan anda, mudah mudahan ianya terpahat di minda anda, seterusnya semoga perjalanan hidup anda akan terus fokus kepada matlamat yang akan disebutkan nanti. InsyaAllah. Terlebih dahulu ingin saya katakan disini, bahawa saya bukanlah org pandai cuma saya dapat tahu dari seorang ustaz. Alhamdulillah bolehlah dikongsikan bersama sekadar yang tahu. Yang pandai dan sempurna pengetahuannya ialah ALLAH swt yang maha bijaksana. Manusia hanya memiliki ilmu yang sedikit.

Jawapannya ialah:
1. Sebagai hamba yang memgabdikan diri kepada Allah swt.
2. Untuk memperbaiki amal
3. Sebagai khalifah dimuka bumi.

Yang pertama sebagai hamba yang sentiasa menghambakan diri kepada Allah, contoh yang terbaik dan sesempurna manusia ialah Nabi SAW.

Yang kedua untuk memperbaiki amal, contoh yang terbaik ialah para sahabat-sahabat nabi SAW seramai 124,000 orang semuanya, dimana mereka dulunya adalah dari kaum jahiliah yang tidak ada dalam sejarah manusia yang lebih rosak dari mereka samada dahulu atau akan datang. Sehingga kerajaan Rom pun tidak mahu menakluk mereka kerana bimbang dijangkiti akhlak mereka. Kemudian mereka memeluk islam lalu mereka memperbaiki keadaan mereka sehingga hati mereka sangat suci dan diredoi.

Yang ketiga sebagai khalifah dimuka bumi, contoh yang terbaik ialah gandingan antara Nabi SAW dan Para sahabat-sahabatnya dalam mengembangkan dan meninggikan kalimah Alllah dimuka bumi.(Berdakwah)

---------

Untuk yang pertama, beribadah 24 jam adalah mustahil bagi kita, tetapi dengan kaedah sunnah yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW kita boleh. Dengan mengamalkan sunnah Rasulullah hidup kita hidup ini menjadi ibadah. Sebagai contoh tidur menjadi ibadah jika bibuat dengan niat yang betul dan dengan adab yang betul, disini kita dah dapat pahala untuk tidur ianya juga dikira ibadah. Makan dengan niat dan adab yang betul juga menjadi ibadah. Bekerja menjadi ibadah jika dengan niat dan adab yang betul. Berkawan, berjiran, bercakap, bergurau, berkahwin, berpakaian, berniaga dan lain-lain semuanya menjadi ibadah jika dgn niat dan adab yang betul. Untuk ini kita kena blajar ilmu sunnah Rasulullah saw. supaya setiap saat dalam hidup kita tidak jadi sia-sia. Ianya adalah sentiasa PELUANG untuk kita melakukan IBADAH...Ibadah ada yang khusus dan ada yang umum. Ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, baca quran, berzikir, berselawat, berdoa dan sebagainya. Ibadah umum seperti yang diatas dan lain-lain.

Untuk memperbaiki amal pula ialah iman dan akhlak. Iman adalah asasnya, sementara akhlak adalah perhiasannya. Iman dan akhlak tempatnya dihati, ia zahir melalui perbuatan, tingkahlaku, percakapan dan pendirian. Hati manusia umpama sebidang tanah, jika mahukan hasilnya ia perlu diushakan, jika dibiarkan ia akan menjadi semak-samun lalu menjadi hutan kemudian menjadi habitat dalamnya segala macam binatang buas.

Oleh itu hati perlu dijaga dan dibersihkan sentiasa dari sifat2-sifat yang keji seperti dengki, iri hati, sombong, cinta dunia dan sebagainya, kemudian dimasukkan dengan sifat2 yang terpuji seperti ikhlas, tawakkal, redho, rendah hati dan macam-macam lagi. Bagaimana kita lahir dalam suci bersih, kemudian begitulah juga ketika mati, jika mati dalam perjuangan sudah termasuk dalam hitungan.

Sementara iman pula perlu disuburkan yaitu beriman kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Malaikat, Al-Quran, Hari kiamat dan berita-berita ghaib yang diberita kan oleh nabi SAW. Dan lain-lain yang berkaitan. Iman yang paling tinggi sekali dalam diantara seluruh umat Nabi Muhammad SAW ialah iman saidina Abu Bakar as siddiq.

Yang ketiga ialah sebagai khalifah dimuka bumi. Khalifah ini tugasnya ialah memgembang, menguatkan, mempertahankan, memperjuangkan, menyebarkan, meluaskan, meninggikan dan sebagainya agama Islam dimuka bumi. Seperti mana Nabi dan Para sahabat, mereka berjuang siang dan malam untuk mengembangkan agama islam, mereka meletakkan agama dihadapan dan lain-lain perkara dibelakang. apabila keadaan mendesak nyawa nyawa mereka pertaruhkan untuk mencapai matlamat ini.

Akibat dari itu Islam tersebar merata dunia. Bagaimanapun ruang untuk kita masih ada, berbillion lagi manusia tidak mendapat islam yang perlu kita usahakan. Disamping itu kawalan dari dalam diperlukan, dimana orang islam sedikit-demi sedikit sudah jauh dari agama, mereka ini perlu didekatkan kepada Islam. Untuk perkara ini anda perlu libatkan diri dalam kerja-kerja kekalifahan, perlu bergabung dalam satu kumpulan yang mempunya sifat2 kerja2 kekhalifahan ini.

Dalam erti yang lebih ringkas, disebut dalam surah Al-Asr. (Demi masa.... dan seterusnya). Ada 4 ciri didalamnya iaitu Beriman, Beramal soleh, perpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar (Istiqomah). 4 ciri ini mengarah kepada Taqwa. Orang yang paling taqwa adalah yang paling mulia disisi Allah swt.

Sekian.. jika ada silap dan kekeliruan boleh dibincangkan...insyaAllah..

No comments:

Post a Comment