Tuesday, August 18, 2009

Jackie Chan

Kerana tidak mampu menyara keluarganya semasa bayi, ibu-bapa Jackie telah mempertimbangkan untuk menjual beliau dengan harga US$26.00 kepada pakar obstetrik Inggeris yang menyambut kelahiran beliau. Ketika masih seorang kanak-kanak berumur 7 tahun, beliau telah dimasukkan di Akademi Opera China. Di sini beliau terpaksa menjalani jadual latihan yang menyiksakan dari segi tarian muzik & seni mempertahankan diri dari jam 5 pagi hingga ke lewat malam selama 10 tahun. Latihan yang diterimanya cukup keras & tajam di mana para pelatih tidak diberi makan & minum serta dipukul jika tidak menunjukkan prestasi yang menggalakkan. Kemudiannya beliau telah muncul dalam beberapa filem amal Hong Kong sebagai pelagak ngeri dan seterusnya dilantik penyelaras lagak ngeri kemudian ke pengarah. Apabila Bruce Lee meninggal dunia, Jackie bersama rakan seangkatannya telah dipilih menjadi pengganti untuk mengisi kekosongan namun beliau gagal. Kini, Jackie merupakan nama besar industri filem. Anggaran pendapatan beliau adalah sekitar RM250 juta setahun!

No comments:

Post a Comment