Saturday, December 25, 2010
Questions & Answers (Q&A)
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Wednesday, June 16, 2010
Adakah cinta perlu bersebab??
Ditepi sebuah tasik yang indah,
sepasang suami isteri yang baru
mendirikan rumah tangga
berpimpinan tangan.
Ketawa kecil,diselang seli
dengan usikan manja
menyerlahkan riak bahagia
pada wajah mereka.
Kemudian mereka berhenti
di sebuah bangku yang disediakan ditepi tasik.
Mereka berbual mesra
Isteri : Mengapa b cintakan sayang ?? Apa yang buatkan b suka sangat pada sayang sampai sanggup kahwin dengan sayang
Suami: B tak boleh terangkan sebabnya ,yang pasti ,B memang mencintai sayang dengan sepenuh jiwa.
Isteri:B tak boleh terangkan sebabnya ?? Bagaimana b boleh katakan b cintakan sayang sedangkan b sendiri tak boleh menerangkannya ??
Suami: Betul , b tak tahu sebabnya ,tak tahu nak jelaskan bagaimana .Tetapi b boleh buktikan bahawa b cintakan sayang. !
Isteri :Tak boleh beri bukti ! Tidak ! Sayang mahu b terangkan kepada sayang sebabnya . Kawan-kawan sayang yang lain mempunyai suami dan teman lelaki ,semuanya tahu menerangkan .Tapi b tidak boleh terangkan ,tidak mampu meluahkan .. (dalam nada merajuk)
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
Suami : Baiklah b mencintai sayang sebab ,sayang cantik,penyayang, baik hati,romantik, dan selalu mengingati b. B juga sukakan senyuman manis dan setiap langkah sayang melangkah ,disitulah cinta b bersama sayang.
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi .Namun begitu, Selang beberapa hari si Isteri terlibat dalam kemalangan dan koma
Si suami amat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isteri yang di cintainya.Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital
SURAT TERSEBUT DITULIS BEGINI
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu…sekarang bolehkah kau bersuara?? Tidak ! oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu ..Sekarang bolehkan engkau menunjukkannya ? Tidak ? Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu … Sekarang bolehkah kau tersenyum??Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu .. Sekarang bolehkah kau melangkah ?? Tidak! itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika cinta memerlukan sebabnya ,seperti sekarang.Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu,kini dan selamanya tanpa apa sekalipun sebab dan alasan.
Khas untuk insan yang selalu dicintai. :D
Dari A kpd S.. hihi

Friday, February 5, 2010
Thursday, November 26, 2009
TENTANG ISTIDRAJ.
Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.
Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah saying pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pulaorang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam
indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan
mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampaimasa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu
siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kayamacam aku, katanya sombong". Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah
swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya,dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
Saturday, November 14, 2009
Syurga kerana bulu mata
Diceritakan di hari pembalasan kelak,
ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana
mensia-siakan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat. Namun begitu dia
berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar. saya x
pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke
kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruangyg ada. Kemudian dia pun
menyanggah, "mana saksi2 yg engkau
maksudkan? disini tiada sesiapa
melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "INilah saksi-
saksimu..... "
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg
memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg
mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg
mencium"
Bibir pun mengaku dengan
slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan beran i, "Saya
yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya
yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan
dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota
tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar
malaikat. Orang tersebut tidak dapat
membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan
amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka
jahannam.. Padahal ia amat berharap
agar segala perbuatan jahatnya dapat
diselindungi. Tatkala dia sedang
dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar
satu suara yg amat lembut dari sehelai
bulu mata berbunyi,
" Saya pun ingin mengangkat sumpah
untuk menjadi saksi dalam perkara
ini." Malaikat menjawab dengan
tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang
ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air
mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan.
Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin
bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata,
demikian itu diharamkan dirinya dari
ancaman api neraka? MAka, saya sehelai
bulu mata, berani tampil sebagai saksi
bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata
penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang
tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga
kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI
AMBIL....... .....
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG
DILAKUKAN
APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN
BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI
MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA
ORANG YANG BERTAUBAT
ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana
mensia-siakan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat. Namun begitu dia
berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar. saya x
pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke
kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruangyg ada. Kemudian dia pun
menyanggah, "mana saksi2 yg engkau
maksudkan? disini tiada sesiapa
melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "INilah saksi-
saksimu..... "
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg
memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg
mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg
mencium"
Bibir pun mengaku dengan
slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan beran i, "Saya
yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya
yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan
dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota
tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar
malaikat. Orang tersebut tidak dapat
membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan
amat berduka kerana sebentar lagi ia
akan dihumban ke dalam neraka
jahannam.. Padahal ia amat berharap
agar segala perbuatan jahatnya dapat
diselindungi. Tatkala dia sedang
dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar
satu suara yg amat lembut dari sehelai
bulu mata berbunyi,
" Saya pun ingin mengangkat sumpah
untuk menjadi saksi dalam perkara
ini." Malaikat menjawab dengan
tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang
ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air
mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan.
Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin
bertaubat, walaupun sehelai bulu mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata,
demikian itu diharamkan dirinya dari
ancaman api neraka? MAka, saya sehelai
bulu mata, berani tampil sebagai saksi
bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata
penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang
tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga
kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI
AMBIL....... .....
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG
DILAKUKAN
APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN
BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI
MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA
ORANG YANG BERTAUBAT
Tuesday, November 10, 2009
6 persoalan dlm kehidupan
.
#1: Apakah yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
-Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt
bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
#2: Apa pula yang PALING JAUH dari kita di dunia ini?
-Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa
cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
#3: Apa yang PALING BESAR di dunia ini
-Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan
nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
#4:Apa yang PALING BERAT di dunia ini?
-Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka
untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke
neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya
#5: Apa yang PALING RINGAN di dunia ini?
-Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan
berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.
#6: Apa yang PALING TAJAM di dunia ini?
-Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah,
Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)