Showing posts with label Self Motivated. Show all posts
Showing posts with label Self Motivated. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Musafir Dunia


Hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan, untuk menjadi seorang yang pengecut dan tidak berimpian,

`Ada yang di lahirkan Mukmin,Hidup sebagai Mukmin ,dan Mati Mukmin`
`Ada yang dilahirkan kafir,hidup kafir ,dan mati Mukmin` ,
`Ada yg lahir Mukmin ,hidup Mukmin dan mati kafir....

Dimanakah anda letakkan diri anda?? cerita tentang seorang alim di sebuah kampung cukup mengajar kita... orang yang sebegitu alim boleh tewas inikan lagi kita... Teguhkan iman tingkatkan Amal.

Hidup di dunia Ibarat Musafir yang berhijrah mencari sesuatu bekalan dalam menguatkan diri dan juga untuk digunakan dalam hidup Si Musafir kelak, Begitu juga dengan kita sebagai Musafir yang hidup didunia untuk mencukupkan bekalan untuk kenikmatan di Akhirat kelak..

Carilah nikmat sejati... yang kekal selamanya.....

Thursday, September 3, 2009

4 yang penting ..







PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan

1#. makan daging
2#. memakai haruman
3#. kerap mandi
4#. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1#. banyak berkelamin (bersetubuh)
2#. selalu cemas
3#. banyak minum air ketika makan
4#. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1#. duduk mengadap kiblat
2#. bercelak sebelum tidur
3#. memandang yang hijau
4#. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1#. memandang najis
2#. melihat orang dibunuh
3#. melihat kemaluan
4#. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1#. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur

1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. Tidur para ulama` dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. Tidur para raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. Tidur Syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




p/S:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
(yang ni je xde empat )..hehe

Wednesday, September 2, 2009

Manusia memang tamak.




Ketamakan manusia



Diberi betis hendak peha...
Bila tiada dapat sikit pun jadi ...
Bila dapat sikit nak setengah...
Bila dpt setengah nak 3 suku...
Bila dpt 3 suku nak semua....

Manusia tak kan pernah puas...
Selagi nafsu masih mengawal...
Ramadhan ini jadikan lah bulan dan masa kita utk kawal nafsu-nafsu syaitan ni.

“Malam adalah kegelapan,

Nyalakanlah dengan lampu cinta

Dengan kehidupanmu dan ketaatan”

Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Solat,Tenaga,Warna



Artikel oleh Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim
Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya..

Sama-sama kita beringat sesama kita,, supaya tidak lalai... =)..
Salam ukhuwah..
ace.

Sunday, August 30, 2009

Adakah minda anda merdeka ??




......Tunku Abdul Rahman Putra ketika diwawancara pada 1982 bagi menyiapkan buku ’25 Tahun Merdeka’ pernah mengingatkan orang Melayu, janganlah terlalu berbangga dengan kepahlawanan Laksamana Hang Tuah, sebaliknya jadilah keterampilan tokoh legenda itu sebagai pendorong bagi mencapai kejayaan. Kata Tunku, Hang Tuah seorang tak mampu ‘buat apa-apa’, malah empayar Melaka juga dijajah oleh Portugis pada 1511. Begitu juga Dato’ Dol Said tak mampu pertahankan Naning, kalau sekadar beliau seorang sahaja digeruni penjajah Inggeris, atau Dato’ Maharajalela Pandak Lam di Pasir Salak berseorangan melonjakkan semangat Melayu berkobar-kobar.

Maknanya, orang Melayu perlukan lebih ramai Hang Tuah, Dato’ Dol Said atau Dato’ Maharajalela. Orang Melayu juga mahukan lebih ramai Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Ibrahim Haji Yaakob, Pak Sako, Dr Burhanuddin al-Helmi atau Ahmad Boestamam menjadi arkitek penggerak nasionalisme. Dalam bahasa mudah, sekarang ini orang Melayu masih memerlukan ramai Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir atau Tengku Razaleigh Hamzah bagi mengangkat keunggulan Melayu dalam bidang masing-masing

Merdeka bukanlah pergantungan dari kejayaan org dulu2 shaja, kita pun kena sentiasa majukan diri,, jadikan minda kita merdeka,,
SEHEBAT WIRA-WIRA MELAYU DAHULU,,
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

petikan dari orangkita.blogspot

Saturday, August 29, 2009

Sedikit renungan,,, di bulan ramadhan

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.




KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

' Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismillahirrahmannirrahim '

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.. Allahussamad.. Lamyalid walam yu-lad.
Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah...
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad saw:
' Barang siapa membaca Qul huwa ' llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka ' . Inilah yang dinamakan membaca Qulhua ' llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur ' an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur ' an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, an-Annas, al-Falaq, dan al-Ikhlas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikutnya..

Jika dibaca 3 surah ini an-Annas, al-Falaq, dan al-Ikhlas pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

InsyaAllah


Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Saturday, August 22, 2009

4 Elemen untuk kita dapatkan VERY POWERFULL INTENTION

1#Clarity
Niat kita haruslah jelas ... Clarity its the power of our intention .. means kalau kita jelas pasti lebih senang kita nak cpai niat tu,...Anda mesti jelas jalan2 yg anda akan lalui ... STEP BY STEP... Remember CLARITY IS POWER

2#Purpose
Tujuan... kita juga haruslah ada tujuan ibarat kita cakap nak jadi jutawan apa yang harus anda ada ialah matlamat iaitu Jutawan yang mcmane ?? 1 juta sebulan .. 1 juta seumur hidup atau yg bagaimana... bukannya ibarat org mahu berjaya tapi xtahu mcmane nak berjya tu,,, apa kerjaya,bidang...

3#Believe
You gets What You Believe....
Anda msti lah percya dgn matlamat dan cita-cita anda . kalau anda sendiri was2 dgn cita-cita anda mcmane benda tu nak jadi nyata kan... Jika cita-cita anda nak buat menara lagi tinggi dari KLCC .... anda mesti percya,, sekuat mana percaya anda sekuat itu lar benda tu akan comes true....Jadi just do it,,, Nothing impossible

4#Comitment...
The most important things is komited... anda msti lah komited dgn setiap apa yang anda inginkan.. komited pada setiap langkah memberi 100% dan segala yang anda ada utk mencapainya...


Akhirnya... terhasil lah kejayaan daripada niat yang kuat itu.=)

Power Intention Tahap 1#.

Dalam Islam pun niat memainkan peranan yg sangat penting begitu juga dalam mencapai sesuatu kejayaan

Pembahagian Intention dibahagikan kepda 4 bhagian yg masing mempunyai tahapan2 nya tersendiri :-
VERY WEAK INTENTION

Power Intention ini dinamakan VERY POWERFULL INTENTION...

untuk mencapai tahap-tahap ini ...
1-Niat itu mesti lah sesuatu yang amat penting dalam hidup... contohnya ibarat .. niat nak sembuhkan sakit adk yg menderita lama,.. pasti niat tu jadi very powerfull kan... jadikan niat anda utk MENCAPAI KEJAYAAN itu sehebat dan niatnya sekuat anda nak sembuhkan penyakit yg dh seribu tahun anda hidapi ibaratnya BOLEH MATI LAR KALAU TAK DAPAT CAPAI NIAT TU..
2-Niat ini juga mestilah memerlukan latihan .. TRY AND ERROR.. GAGAL DAN CUBA LAGI... sampai lah anda berjya tunaikan niat anda tu,,, contohnya niat nak jadi jutawan,,, mungkin kali pertama anda cuba anda gagal.. tp paling teruk pun anda akan bangkrup,,, tp kalau kita xdpt tunaikan niat tu kita akan mati,, pasti kita dpt kan ..
3.Akhir sekali jadikan ianya sbagai satu habit,.. TRY AND ERROR...
MORE OBSTACLES = MORE SUCCESS jadikan maslah itu sebagai batu loncatan.. hadapinya....
SUCCESS = HABIT... jadikan kejayaan sebagai satu habit,,, ANDA PASTI BOLEH!!

Power Intention Tahap 2#

Powerfull intention

Tahap powerfull intention ini boleh dikatakan tahap yg baik tp belum di tahap `Hendak seribu daya`,,, Mungkin dalam powerfull intention ini ,,, dia punya daya hanya 800 drpd seribu,, cm tu lar lbih kurang,, hehe...

Tahap powerfull ini jenis yg nak dan usaha tetapi bukan jenis yang sanggup lakukan APA SAHAJA utk mencapai niat mereka itu ,,,..

Apa yg perlu untuk upgrade kan power intention kita utk ditahap yg lebih tinggi ialah motivasi dri,,,... dan jadikan matlamat itu sebagai sesuatu yang WAJIB dicapai ,, ibarat kan niat tu kalau kita tak capai kita boleh mati,,

Power Intention Tahap 3#

Niat tahap seterusnya ;-

WEAK INTENTION

Kalau tadi very weak intention adlah sama macam Angan-angan mat jenin,,, Tahap weak intention ini pula samalah seperti tahapan hangat-hangat tahi ayam ,, mahu berbuat sesuatu tapi buat setengah jalan,give up,,.... ini lah yg dinama kan niat si hangat-hangat tahi ayam..

Hangat-hangat tahi ayam
Maksud : Membuat kerja bersungguh-sungguh pada peringkat awal sahaja kemudian beransur-ansur malas

Jadi bagi mereka yang rasanya niat mereka adalah seperti hangat-hangat tahi ayam yang cuma mula-mula semangat tapi lepas tu jd lemah jauh2 kan lah,,,

Power Intention Tahap 4#

-Intention seperti ini sama lar sperti mereka yg suka berangan tanpa mengambil sebarang langkah utk sampai keangan-angan itu ,, ibarat cerita Mat jenin

Cerita :

Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya, kerjanya pula sehari-hari hanyalah memasang angan-angan.

Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ, kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi, apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini, maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti.

Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan, katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu.

Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hari. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.

Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa yang memerlukan kelapanya dipetik maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.

"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin

Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin "Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Bolehke cucu tolong petikkan untuk nenek?"

"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek." tanya Mat Jenin.

Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."

"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.

"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam." Jawab nenek itu lagi.

Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual. " Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek."

Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang. "Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?"

Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu."

Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayam aku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan. Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. lagipun tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir demikian, diapun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambingkan, nenek?"

Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu."

Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi, "Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan di hormati orang." Sekali lagi dia menoleh kebawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkan kambing itu dengan lembu tentu lagi baikkan, nenek." dia menjerit kebawah.

Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia.

Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku berkerja lagi susah payah. Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik kebawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu."

Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu."

"Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi.

Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayu-sayu di bawah sana.

YYa, kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudahpun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti.

Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayu-sayu, tidak didengarinya kerana dia sudahpun tinggi di atas pokok kelapa.

"Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu.

Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu. Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan, malangnya Mat Jenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri.

Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang. ...
Si Mat Jenin Malang kerana dia yg menjadikan dirinya malang tanpa mahukan sesuatu tanpa realistik nya.. Malang lar dia kerana berangan dan menghrapkan sesuatu yg besar dgn usaha yg sedikit, lihat lar akan niatnya yg sgt lemah ,, berniat hendak dpt tp xberusaha, lpas tu kalau xdpt ptus asa,, betapa lemahnya niat jadi jangan lar jd mcm tu,,, fokus,, betulkan niat anda,,Kuatkan lagi

Friday, August 21, 2009

Katakan pada diri anda.!! 11 sentences per post

Salam...
dalam post ni sy nk letak ... mutiara,berlian,emas,dan semua kata-kata berharga yang saya selalu pegang... kalau anda suka anda baca ,komen kalau tak.. anda tengok saja,,

1#
WHATS YOU LEARN IS WHAT YOU EARN


2#
HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO ANYTHINGS


3#
MORE OBSTACLES = MORE SUCCESS


4#
MORE PRACTICE = MORE RESULT


5#
APA YANG MINDA FIKIR = APA YANG KITA BUAT


6#
THOUGHTS + FEEL + ACTION = RESULT


7#
WHAT YOU GIVES IS WHAT YOU GET BACK


8#
EVERY ACTIONS CREATE SAME REACTIONS


9#
MORE POSITIF THOUGHTS ATTRACT MORE POSITIF THNGS


10#
MORE NEGATIF THOUGHTS ATTACT MORE NEGATIF THINGS


11#
THOUGHTS BECOMES THINGS


Jika mahukan huraian ...Sila tinggalkan pesan,, =)

Teknik-teknik rahsia meningkatkan Sales dalam bisnes anda

FIrst things pasal sales is kalau kita nak org beli barang kita ,msti lar org kena tau,,, itu adalah perkara yang dipanggil BRANDING (the most important things dlm bisnes).... tp hari ni aku xnk cerita lar pasal branding,,, aku nak cerita teknik sales yang aku pernah belajar


Fakta 1#
Sense of urgency
Skill ini juga boleh dinamakan skill maut,,, hehe.. sbb ape?? cara nak apply skill ni ialah bagitau yang brang kita tuh dah habis, dah out of stock, dah xboleh beli,,,
tp mcmane dpt tarik pelanggan???

ini die dialog lg... =)

Person 3:Salam cik ... bla.bla.. bla... bla
Staff ali: Salam .. owh cik nk tnye pasl seminar tuh maaf lar cik tmpt utk seminar tuh dh habis lgsung dh... tp mcm ni lar sbb akak dh call sy akn tolong akak ,,sy akan try cri satu tempt utk akak tp byaran pAling lmbt msti dibuat 3 jam dri sekarang kalau x dh xde lar tmpt awk ...
Person 3: ooo ..yeke... thanks sgt2.. jasamu akan ku kenang sampai bile2,,
Staff ali :orait,, welcome... jgn lupa kak nti dh bank in bgtau,,,

U see hows...
bukn sj dpt buat sales malah dpt terima kasih sume...
ITu lar manusia bila ada lengah2 kan bila xde bru nk terkejar2.. btol x??

hehe.. so sbgai bisnes person.. use it,, =)

Sense of urgency

Teknik 2

Fakta 2#
The Jones Theory

ok .. pasl jones theory lak actually nama dia dgn dgn taktik tuh xde kaitan pun tp xtau lar knape diorng letak nama ni,,, aku guna je,, nti kalau aku letak the Ace theory diorng kata au perasan plak kn.. hehe...
Jones theorhy adalah ibart mengasingkan seseorang dri sesuatu tmpt,,,

dialog lg...

Salesman : Salam bang ,boleh sy mintk masa abg 5 mint nk cerita pasl produk sy ?

person 2: ok ... cerita lar 5 mint je..

Salesman : ok mcm ni... produk sy ni .... bla.. bla ... bla... bla...

person : ooo yeke(mcm berminat tp xberminat),,

Salesman :Hurmm tp satu benda je sy nk ingtkn kt abg pasl benda ni... setakat ni 10 orng sy jumpa semua beli... lg pun dah ramai dh kt malaysia ni pakai benda ni.... terpulang lah pada abg nak ambik ke xnk ..kalau abg xpkai rugi lar,,,, tp kalau sy jd abg sy akan beli benda ni,,,, itupun kalau sy jd abg lar...

*korang rasa lpas tuh abg tu cm bermint x nk bli produk tuh?? msti bermint kn,...
So itu slh satu teori
THE JONES THEORY

Teknik 3

Fakta 3#
Seterusnya teknik lain yang boleh kita gunakan ialah Fear of The Lost ... tetapi taktik ini hanya boleh digunakan pada bisnes2 tertentu shja,,, contohnya seminar,..

Sedikit dialog utk penyertaan Seminar Pemasaran ALI

Person 1 : Salam .. boleh sy tanya pasl seminar pemasaran ni... saya berminat lar nk menyertai...
ALI staff:Boleh kak.. tp sebelum apa sy nk ingtkan kt akak yg tempt dudk dalam seminar kita dh nak penuh cuma tggl dua sit je,,, kalau akak nak baik akak bank in duit,daftar sekarang....
Person 1: ok lar kalau mcm tuh .. nti abis plak tmpt,..

U see,, xpyh terangkan apa2 pun... itu lar slh satu teknik sales yg power,,, tp kena lar pandai jugak main phsychology diorng kn,,,=)
FEAR OF THE LOST

Teknik 4

Fakta 4#
Dalam menarik pelanggan dalam bisnes ni salah satu teknik ialah timbulkan perasaan GREED dalam diri pelanggan, its means manusia kn memng ada perasaan greed ni so utk itu kita gunalah dlm bisnes... greed ni boleh ditimbulkan dengan cara bagi free stuff likes beli kfc combo dpt 1 termos percuma... jadi anda pun beli lar kfc combo tu,,, btol x??
Contoh * Kedai Aminah jual baju kurung yang harganya sama dgn kedai Fatimah tapi dia buat promosi akan memberikan setiap pembelinya hadiah sehelai tudung dgn pembelian 3 pasang baju kurung... jika anda sebagai pengguna pasti anda akan beli kan??
Kalau sorang jual 3 helai ,, 10 orang dh berapa kn (utk family),,,
GREED FACTOR

Thursday, August 20, 2009

Definisi zina dan huraian

Tulisan: Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awang Abd Aziz bin Juned (Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam)





JENAYAH zina dalam perundangan Islam berbeza dengan jenayah zina dalam perundangan sivil. Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah zina dan dikenakan hukuman ke atas yang melakukannya sama ada oleh orang yang sudah kahwin ataupun belum kahwin. Sementara perundangan sivil pula tidak menganggap setiap persetubuhan haram itu zina. Hanya pada kebiasaannya hukuman akan dijalankan dalam bentuk yang khas dari kalangan mereka yang sudah berkahwin sahaja. Selain itu ia dianggap sebagai pencabulan kehormatan. Apabila persetubuhan itu dilakukan dengan rela hati, maka mengikut perundangan sivil, tiada hukuman dijatuhkan selagi kerelaan itu tidak mengaibkan.

Apa yang dimaksudkan oleh setengah negara dengan kerelaan yang mengaibkan itu ialah apabila orang yang disetubuhi itu tidak sampai umur 18 tahun genap. Hukuman bagi persetubuhan dengan kerelaan yang mengaibkan ini adalah ringan sahaja, kerana perlakuan itu hanya dianggap sebagai salah laku.

Undang-undang Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan orang ramai dan kesejahteraan mereka serta musuh yang ketat kepada keluarga, sedangkan keluarga adalah asas atau punca terdirinya sesuatu jemaah. Dengan membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.

Adapun menurut undang-undang sivil, zina dianggap urusan individu atau masalah peribadi yang tidak menyentuh individu lain, atau tidak menyentuh urusan masyarakat, kecuali dalam kes yang dinamakan pelacuran, dimana setengah-setengah negara akan mengenakan tindakan undang-undang. Kerana itu menurut undang-undang sivil tiada hukuman dikenakan kepada orang yang melakukan zina, kecuali jika tiada kerelaan ketika melakukannya.

Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkan zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenal batasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budaya buruk ini. Umur 15 tahun lagi ataupun lebih awal dari itu, anak-anak gadis sudah hilang dara. Tegasnya bersekedudukan sebelum kahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat barat.

Tidak syak lagi, apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur dan azab siksa Allah Ta’ala mendekati semua sebagaimana hadis-hadis menjelaskan yang demikian itu :




Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”

( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Tersebut dalam ‘kitab al-Qadha’ hadis Ibnu Umar berbunyi :



Maksudnya : “Apabila nyata (zahir) perzinaan maka zahir pula kefakiran dan kemiskinan.”

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Orang-orang barat telah mengharuskan zina dan lain-lain kejahatan yang seumpama zina, sehingga kerananya kita telah menyaksikan berbagai-bagai azab diturunkan seperti AIDS, penyakit HIV dan lain-lain, yang sebahagiannya itu masih tiada ubat untuk menyembuhkannya.

Sepatutnya, kita semua perlu peka dengan keburukan-keburukan zina itu sambil memahami bahawa ia bukanlah urusan peribadi, tetapi adalah jenayah masyarakat yang amat merbahaya. Ia mestilah dibanteras bersama-sama sehingga ke akar umbinya, berdasarkan ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala mengenainya.

Dasar perundangan Islam melihat, bahawa pertemuan pada faraj di antara dua orang yang halal nikah kecuali suami isteri adalah zina hukumnya haram. Maka demikian pula bersentuhan pada yang lain dari faraj di antara keduanya dihukumkan maksiat serta berdosa. Dasar ini disebut oleh Allah dalam al-Qur’an, firmanNya :



Tafsirnya : “Dan mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga nafsu syahwatnya daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, (sesiapa yang mengadakan hubungan dengan yang bukan isterinya atau hambanya) maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-Mu’minun: 5-7)

Undang-undang Islam juga mengharamkan khalwat dengan perempuan bukan mahram. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:



Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”

(Hadis riwayat Ahmad)



Apabila berkhalwat diharamkan, maka bersentuhan lebih-lebih lagi ianya maksiat dan haram.

Di antara beberapa kaedah pokok dalam perundangan Islam, terdapat satu kaedah yang menyatakan:



Ertinya: “Apa yang membawa kepada haram itu, hukumnya adalah haram.”

Jika perbuatan seseorang itu belum sampai kepada tahap zina yang membawa hukuman hadd, maka ia dikenakan ta’zir, sama ada perbuatan itu belum mencukupi syarat-syarat seperti memasukkan zakar di celah-celah paha ataupun hanya berkhalwat, berpeluk-peluk, bercium-ciuman dan lain-lain seumpamanya. Semua itu adalah haram dan dikenakan ta’zir. Ia tidak syak lagi merupakan pendahuluan zina, maksiat dan dosa besar.

Dasar pengharaman ini antara lain, firman Allah Ta’ala:



Tafsirnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”

(Surah al-Isra’:32)

Perempuan dan lelaki yang melakukan oral seks padahal mereka itu bukan suami isteri seperti yang ditanyakan, yang berbangkit daripada keputusan sebuah mahkamah membebaskan mereka yang melakukannya, adalah pada segi syara’ ianya tiada terlepas daripada maksiat dan dosa, suatu perbuatan mendekati zina, dan mendekati zina itu hukumnya haram serta dikenakan ta’zir, dimana perkara ini tidak difahami oleh orang bukan Islam, dan mahkamah bukan Islam.

Atau yang jelas pada masa ini belum terdapat peruntukan hukum ta’zir itu bagi perbuatan oral seks. Kerana itulah sesiapa jua yang melakukannya mungkin sahaja tidak boleh didakwa atau dengan kata lain akan terlepas begitu sahaja. Namun hukum Allah tiadalah terikat dengan semua itu, sama ada ia diperuntukkan ataupun tidak. Hukum Allah itu berasaskan al-Qur’an atau hadis atau ijma’ atau apa juga kaedah usul yang disepakati oleh ulama mengenai dengan sesuatu kesalahan itu. Yang halal dan haram itu sudah jelas, hanya terpulang kepada manusia sama ada mahu mengikutnya ataupun tidak. Bagi orang-orang yang beriman mereka dikehendaki peka dengan ungkapan al-Qur’an ini:




Tafsirnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”

(Surah al-Ma’idah : 44)




Tafsirnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Ma’idah:45)



Tafsirnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq.”

(Surah al-Ma’idah: 47)

Hukum zina adalah jelas daripada al-Quran, hadis dan juga ulama telahpun sepakat mengenai pengharamannya. Bahkan ijma’ ahli-ahli agama juga, sehingga tidak ada satu agama pun yang menghalalkannya.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32:



Tafsirnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”

FirmanNya lagi dalam surah al-Furqan ayat 68:



Tafsirnya : “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara’), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya.”

Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pula bersabda daripada Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘Anhuma beliau berkata :




Maksudnya : “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Nabi bersabda : Engkau menjadikan bagi Allah sekutu (sedang) Dia yang menjadikanmu” Berkata Abdullah : “Aku berkata kepadanya (Nabi) : “Sesungguhnya perkara itu amat besar.” Berkata Abdullah :”Aku berkata : ” Kemudian apa lagi?” Bersabda Nabi : Kemudian (selepas itu) engkau membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu (takut kepada kefakiran).” Berkata Abdullah : “Aku berkata : “Kemudian apa ?” Bersabda Nabi : “Kemudian (selepas itu) engkau berzina (dengan) isteri jiranmu.”

(Hadis riwayat Muslim)

Kejahatan dan keburukan daripada perlakuan zina memang tidak dapat dinafikan dan tidak syak lagi akan mengakibatkan berbagai-bagai kerosakan di dalam kehidupan manusia.

Daripada dalil-dalil ini dapatlah kita faham mengapa ugama Islam menetapkan hukuman yang berat terhadap orang-orang yang berzina itu. Bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang muhshan hukumannya ialah direjam sampai mati. Manakala bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang tidak muhshan, hukumannya disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun.

Perkara ini tsabit daripada al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah :



Tafsirnya : “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”

(Surah an-Nur : 2)

Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata :

Maksudnya : “Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya berkata : ” Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah.” Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: “Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara.” Bersabda Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam “Berbicaralah.” Katanya : “Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati). Maka bersabda Rasullullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam : “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) Hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !” Berkata Abu Hurairah : Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina).” Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Manakala dari Abdullah bin Abbas berkata :



Maksudnya : “Telah berkata Umar bin Al-Khattab dan ketika itu dia duduk di mimbar Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam : “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengutus Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan kebenaran dan menurunkan kepadaNya kitab (al-Qur’an). Di antara ayat-ayat yang diturunkan kepadanya yang kita semua telah membaca, mempelajari, dan memahamkannya ialah ayat al-Rajm (Ayat ini telah pun dimansukhkan bacaannya daripada al-Qur’an, tetapi hukumnya tiada mansukh. (Lihat at-Itqan fi ‘Ulum al-Quran 3/72). Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah melaksanakan hukuman rejam, (begitu pula) kami telah melaksanakan hukuman rejam selepas Baginda (wafat). Maka aku takut, jika semakin lama, (masa berlalu) ada orang yang berkata : “Tidak kami dapati hukuman rejam di dalam Kitabullah.” Maka mereka itu sesat kerana meninggalkan satu kefardhuan yang diturunkan oleh Allah Ta’ala. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam Kitab Allah ialah hak ke atas orang laki-laki dan perempuan muhshan yang berzina apabila ada saksi atau (ada bukti) seperti hamil atau pengakuan.”

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan lelaki atau perempuan muhshan yang berzina yang wajib dihukum rejam itu ialah orang yang memenuhi syarat di bawah ini :

(i) Baligh

(ii) Berakal

(iii) Merdeka

(iv) Telah melakukan persetubuhan haram, sedang dia itu dalam pernikahan yang sah.
(Raudhah at-Thabilin 10/86 I ‘anah at-Thalibin 4/166)

Hukum rejam atau sebat kepada orang yang berzina ini tidak dilakukan kecuali apabila telah mencukupi segala rukun dan syarat-syaratnya serta tsabit itu ialah masuk kemaluan lelaki dalam kemaluan perempuan.

Walaupun perbuatan oral seks itu bukan zina, namun ia telah menghampir zina. Dan dalam keadaan seperti ini zina bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

Zina selain salah satu dosa besar dan hukumnya juga berat, maka balasannya di akhirat pula amatlah pedih, sebagaimana riwayat hadis ini : Daripada Buraidah Radhiallahu ‘Anhu, daripada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam katanya :



Maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi bersungguh-sungguh melaknat syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, dan sesungguhnya kemaluan orang-orang yang berzina itu akan menyakiti penduduk neraka dengan baunya yang busuk.”

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi



Maksudnya : “Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak akan melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih, (golongan itu ) ialah syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang pembohong dan peminta-peminta yang sombong.”

(Hadis riwayat Muslim)

Balasan kerana zina itu bukan sahaja akan diterima di akhirat, bahkan ketika di dunia lagi, sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

Maksudnya : “Apabila zahir (nyata zina dan riba dalam sesebuah kampung, maka penduduk kampung itu telah menghalalkan untuk diri mereka sendiri azab dan siksa Allah”.

(Hadis riwayat al-Hakim dan dia berkata sahih isnadnya)

Demikian sedikit gambaran mengenai balasan terhadap orang-orang yang berzina itu, mudah-mudahan ia menjadi iktibar dan peringatan kepada orang-orang Islam, khasnya mereka yang melakukan oral seks, kerana di antara zina dan perbuatan oral seks itu tiada jauh batas sempadannya. Adapun mahkamah yang membebaskannya tanpa sebarang hukuman, sama ada kerana tida menepati tuduhan di bawah seksyen mencabul kehormatan, atau seks luar biasa, atau kerana ketiadaan peruntukan mengenainya, adalah itu semua semata-mata pekara mahkamah, tiada bererti ia menafikan keburukan oral seks itu, dan tidak bererti juga ia tidak bersetuju bahawa oral seks itu adalah perbuatan tidak bermoral yang mendatangkan dosa. Kerana dalam konteks moral semua agama selain Islam adalah sama sahaja mengagungkan moral itu. Kerana itulah, seperti juga Islam, maka tidak satu agama pun yang merestui zina, yang menghalalkan minum arak atau berjudi dan lain-lain keburukan yang sedia ditolak dan diharamkan oleh Islam.

Maka disegi Islam, keputusan mahkamah membebaskan pelaku oral seks itu adalah semata-mata perkara keduniaan. Ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada kedudukan hukum. Jika sekiranya sesuatu yang haram pada hukum syara’ telah diputuskan sebagai harus atau halal oleh mahkamah, maka keputusan itu sama sekali tidak akan mengubah hukum asal yang telah ditetapkan oleh syara’ itu, walau apapun alasan mengenainya. Jadi berlandaskan hukum syara’ sesiapa yang terlepas daripada hukuman mahkamah itu, tidak bermakna akan terlepas atau bebas pula daripada hukuman Allah berupa balasan azab di dunia mahupun di akhirat.






Sumber : Nurjeehan.worpress

Wednesday, August 19, 2009

Bill Gates

Kini merupakan antara individu terkaya di dunia. Selepas tercicir dari maktab, beliau memulakan perniagaan Microsoft bersama seorang rakan pada tahun 1975. Beliau gemar mengambil bekerja orang yang pernah gagal dalam hidup. "Ini menjadikan mereka berani mengambil risiko', ujar beliau.

sumber(nurhelmi.blogspot)

Muhammad Ali (Juara Tinju Dunia)

Dilahirkan dengan nama Cassius Clay. Beliau menjadi peninju professional selepas memenangi pingat Olimpik pada tahun 1960. Pada tahun 1964, beliau menewaskan Sonny Liston lalu menjadi juara heavyweight dunia. Beliau mempertahankan kejuaraannya 2 kali dengan menewaskan Liston & Floyd Paterson. Ali bersara pada tahun 1980. Sesungguhpun beliau menghidap penyakit 'Parkinson', beliau kini merupakan sumber ilham bagi jutaan orang hilang upaya.