Showing posts with label Renungan untuk peringatan tentang akhirat. Show all posts
Showing posts with label Renungan untuk peringatan tentang akhirat. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Musafir Dunia


Hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan, untuk menjadi seorang yang pengecut dan tidak berimpian,

`Ada yang di lahirkan Mukmin,Hidup sebagai Mukmin ,dan Mati Mukmin`
`Ada yang dilahirkan kafir,hidup kafir ,dan mati Mukmin` ,
`Ada yg lahir Mukmin ,hidup Mukmin dan mati kafir....

Dimanakah anda letakkan diri anda?? cerita tentang seorang alim di sebuah kampung cukup mengajar kita... orang yang sebegitu alim boleh tewas inikan lagi kita... Teguhkan iman tingkatkan Amal.

Hidup di dunia Ibarat Musafir yang berhijrah mencari sesuatu bekalan dalam menguatkan diri dan juga untuk digunakan dalam hidup Si Musafir kelak, Begitu juga dengan kita sebagai Musafir yang hidup didunia untuk mencukupkan bekalan untuk kenikmatan di Akhirat kelak..

Carilah nikmat sejati... yang kekal selamanya.....

Thursday, September 3, 2009

4 yang penting ..







PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan

1#. makan daging
2#. memakai haruman
3#. kerap mandi
4#. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1#. banyak berkelamin (bersetubuh)
2#. selalu cemas
3#. banyak minum air ketika makan
4#. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1#. duduk mengadap kiblat
2#. bercelak sebelum tidur
3#. memandang yang hijau
4#. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1#. memandang najis
2#. melihat orang dibunuh
3#. melihat kemaluan
4#. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1#. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur

1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. Tidur para ulama` dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. Tidur para raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. Tidur Syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




p/S:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
(yang ni je xde empat )..hehe

Wednesday, September 2, 2009

Manusia memang tamak.




Ketamakan manusia



Diberi betis hendak peha...
Bila tiada dapat sikit pun jadi ...
Bila dapat sikit nak setengah...
Bila dpt setengah nak 3 suku...
Bila dpt 3 suku nak semua....

Manusia tak kan pernah puas...
Selagi nafsu masih mengawal...
Ramadhan ini jadikan lah bulan dan masa kita utk kawal nafsu-nafsu syaitan ni.

“Malam adalah kegelapan,

Nyalakanlah dengan lampu cinta

Dengan kehidupanmu dan ketaatan”

Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Solat,Tenaga,Warna



Artikel oleh Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim
Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya..

Sama-sama kita beringat sesama kita,, supaya tidak lalai... =)..
Salam ukhuwah..
ace.

Saturday, August 29, 2009

Sedikit renungan,,, di bulan ramadhan

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.




KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

' Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismillahirrahmannirrahim '

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.. Allahussamad.. Lamyalid walam yu-lad.
Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah...
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad saw:
' Barang siapa membaca Qul huwa ' llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka ' . Inilah yang dinamakan membaca Qulhua ' llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur ' an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur ' an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, an-Annas, al-Falaq, dan al-Ikhlas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikutnya..

Jika dibaca 3 surah ini an-Annas, al-Falaq, dan al-Ikhlas pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

InsyaAllah


Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Friday, August 28, 2009

Rahsia poligami ... Taktik berkesan...

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman OK la kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu dihari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?

Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ...."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak tendang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami".

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu..

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

Sunday, August 23, 2009

Sentiasalah perbaiki diri anda..

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG..

kuang...kuang. .kuang...

Thursday, August 20, 2009

Definisi zina dan huraian

Tulisan: Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awang Abd Aziz bin Juned (Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam)





JENAYAH zina dalam perundangan Islam berbeza dengan jenayah zina dalam perundangan sivil. Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah zina dan dikenakan hukuman ke atas yang melakukannya sama ada oleh orang yang sudah kahwin ataupun belum kahwin. Sementara perundangan sivil pula tidak menganggap setiap persetubuhan haram itu zina. Hanya pada kebiasaannya hukuman akan dijalankan dalam bentuk yang khas dari kalangan mereka yang sudah berkahwin sahaja. Selain itu ia dianggap sebagai pencabulan kehormatan. Apabila persetubuhan itu dilakukan dengan rela hati, maka mengikut perundangan sivil, tiada hukuman dijatuhkan selagi kerelaan itu tidak mengaibkan.

Apa yang dimaksudkan oleh setengah negara dengan kerelaan yang mengaibkan itu ialah apabila orang yang disetubuhi itu tidak sampai umur 18 tahun genap. Hukuman bagi persetubuhan dengan kerelaan yang mengaibkan ini adalah ringan sahaja, kerana perlakuan itu hanya dianggap sebagai salah laku.

Undang-undang Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan orang ramai dan kesejahteraan mereka serta musuh yang ketat kepada keluarga, sedangkan keluarga adalah asas atau punca terdirinya sesuatu jemaah. Dengan membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.

Adapun menurut undang-undang sivil, zina dianggap urusan individu atau masalah peribadi yang tidak menyentuh individu lain, atau tidak menyentuh urusan masyarakat, kecuali dalam kes yang dinamakan pelacuran, dimana setengah-setengah negara akan mengenakan tindakan undang-undang. Kerana itu menurut undang-undang sivil tiada hukuman dikenakan kepada orang yang melakukan zina, kecuali jika tiada kerelaan ketika melakukannya.

Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkan zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenal batasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budaya buruk ini. Umur 15 tahun lagi ataupun lebih awal dari itu, anak-anak gadis sudah hilang dara. Tegasnya bersekedudukan sebelum kahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat barat.

Tidak syak lagi, apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur dan azab siksa Allah Ta’ala mendekati semua sebagaimana hadis-hadis menjelaskan yang demikian itu :




Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”

( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Tersebut dalam ‘kitab al-Qadha’ hadis Ibnu Umar berbunyi :



Maksudnya : “Apabila nyata (zahir) perzinaan maka zahir pula kefakiran dan kemiskinan.”

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Orang-orang barat telah mengharuskan zina dan lain-lain kejahatan yang seumpama zina, sehingga kerananya kita telah menyaksikan berbagai-bagai azab diturunkan seperti AIDS, penyakit HIV dan lain-lain, yang sebahagiannya itu masih tiada ubat untuk menyembuhkannya.

Sepatutnya, kita semua perlu peka dengan keburukan-keburukan zina itu sambil memahami bahawa ia bukanlah urusan peribadi, tetapi adalah jenayah masyarakat yang amat merbahaya. Ia mestilah dibanteras bersama-sama sehingga ke akar umbinya, berdasarkan ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala mengenainya.

Dasar perundangan Islam melihat, bahawa pertemuan pada faraj di antara dua orang yang halal nikah kecuali suami isteri adalah zina hukumnya haram. Maka demikian pula bersentuhan pada yang lain dari faraj di antara keduanya dihukumkan maksiat serta berdosa. Dasar ini disebut oleh Allah dalam al-Qur’an, firmanNya :



Tafsirnya : “Dan mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga nafsu syahwatnya daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, (sesiapa yang mengadakan hubungan dengan yang bukan isterinya atau hambanya) maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-Mu’minun: 5-7)

Undang-undang Islam juga mengharamkan khalwat dengan perempuan bukan mahram. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:



Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”

(Hadis riwayat Ahmad)



Apabila berkhalwat diharamkan, maka bersentuhan lebih-lebih lagi ianya maksiat dan haram.

Di antara beberapa kaedah pokok dalam perundangan Islam, terdapat satu kaedah yang menyatakan:



Ertinya: “Apa yang membawa kepada haram itu, hukumnya adalah haram.”

Jika perbuatan seseorang itu belum sampai kepada tahap zina yang membawa hukuman hadd, maka ia dikenakan ta’zir, sama ada perbuatan itu belum mencukupi syarat-syarat seperti memasukkan zakar di celah-celah paha ataupun hanya berkhalwat, berpeluk-peluk, bercium-ciuman dan lain-lain seumpamanya. Semua itu adalah haram dan dikenakan ta’zir. Ia tidak syak lagi merupakan pendahuluan zina, maksiat dan dosa besar.

Dasar pengharaman ini antara lain, firman Allah Ta’ala:



Tafsirnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”

(Surah al-Isra’:32)

Perempuan dan lelaki yang melakukan oral seks padahal mereka itu bukan suami isteri seperti yang ditanyakan, yang berbangkit daripada keputusan sebuah mahkamah membebaskan mereka yang melakukannya, adalah pada segi syara’ ianya tiada terlepas daripada maksiat dan dosa, suatu perbuatan mendekati zina, dan mendekati zina itu hukumnya haram serta dikenakan ta’zir, dimana perkara ini tidak difahami oleh orang bukan Islam, dan mahkamah bukan Islam.

Atau yang jelas pada masa ini belum terdapat peruntukan hukum ta’zir itu bagi perbuatan oral seks. Kerana itulah sesiapa jua yang melakukannya mungkin sahaja tidak boleh didakwa atau dengan kata lain akan terlepas begitu sahaja. Namun hukum Allah tiadalah terikat dengan semua itu, sama ada ia diperuntukkan ataupun tidak. Hukum Allah itu berasaskan al-Qur’an atau hadis atau ijma’ atau apa juga kaedah usul yang disepakati oleh ulama mengenai dengan sesuatu kesalahan itu. Yang halal dan haram itu sudah jelas, hanya terpulang kepada manusia sama ada mahu mengikutnya ataupun tidak. Bagi orang-orang yang beriman mereka dikehendaki peka dengan ungkapan al-Qur’an ini:




Tafsirnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”

(Surah al-Ma’idah : 44)




Tafsirnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Ma’idah:45)



Tafsirnya: “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq.”

(Surah al-Ma’idah: 47)

Hukum zina adalah jelas daripada al-Quran, hadis dan juga ulama telahpun sepakat mengenai pengharamannya. Bahkan ijma’ ahli-ahli agama juga, sehingga tidak ada satu agama pun yang menghalalkannya.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32:



Tafsirnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”

FirmanNya lagi dalam surah al-Furqan ayat 68:



Tafsirnya : “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara’), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan dosanya.”

Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pula bersabda daripada Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘Anhuma beliau berkata :




Maksudnya : “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Nabi bersabda : Engkau menjadikan bagi Allah sekutu (sedang) Dia yang menjadikanmu” Berkata Abdullah : “Aku berkata kepadanya (Nabi) : “Sesungguhnya perkara itu amat besar.” Berkata Abdullah :”Aku berkata : ” Kemudian apa lagi?” Bersabda Nabi : Kemudian (selepas itu) engkau membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu (takut kepada kefakiran).” Berkata Abdullah : “Aku berkata : “Kemudian apa ?” Bersabda Nabi : “Kemudian (selepas itu) engkau berzina (dengan) isteri jiranmu.”

(Hadis riwayat Muslim)

Kejahatan dan keburukan daripada perlakuan zina memang tidak dapat dinafikan dan tidak syak lagi akan mengakibatkan berbagai-bagai kerosakan di dalam kehidupan manusia.

Daripada dalil-dalil ini dapatlah kita faham mengapa ugama Islam menetapkan hukuman yang berat terhadap orang-orang yang berzina itu. Bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang muhshan hukumannya ialah direjam sampai mati. Manakala bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang tidak muhshan, hukumannya disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun.

Perkara ini tsabit daripada al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah :



Tafsirnya : “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”

(Surah an-Nur : 2)

Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata :

Maksudnya : “Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya berkata : ” Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah.” Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: “Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara.” Bersabda Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam “Berbicaralah.” Katanya : “Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati). Maka bersabda Rasullullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam : “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) Hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !” Berkata Abu Hurairah : Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina).” Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Manakala dari Abdullah bin Abbas berkata :



Maksudnya : “Telah berkata Umar bin Al-Khattab dan ketika itu dia duduk di mimbar Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam : “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengutus Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan kebenaran dan menurunkan kepadaNya kitab (al-Qur’an). Di antara ayat-ayat yang diturunkan kepadanya yang kita semua telah membaca, mempelajari, dan memahamkannya ialah ayat al-Rajm (Ayat ini telah pun dimansukhkan bacaannya daripada al-Qur’an, tetapi hukumnya tiada mansukh. (Lihat at-Itqan fi ‘Ulum al-Quran 3/72). Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah melaksanakan hukuman rejam, (begitu pula) kami telah melaksanakan hukuman rejam selepas Baginda (wafat). Maka aku takut, jika semakin lama, (masa berlalu) ada orang yang berkata : “Tidak kami dapati hukuman rejam di dalam Kitabullah.” Maka mereka itu sesat kerana meninggalkan satu kefardhuan yang diturunkan oleh Allah Ta’ala. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam Kitab Allah ialah hak ke atas orang laki-laki dan perempuan muhshan yang berzina apabila ada saksi atau (ada bukti) seperti hamil atau pengakuan.”

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan lelaki atau perempuan muhshan yang berzina yang wajib dihukum rejam itu ialah orang yang memenuhi syarat di bawah ini :

(i) Baligh

(ii) Berakal

(iii) Merdeka

(iv) Telah melakukan persetubuhan haram, sedang dia itu dalam pernikahan yang sah.
(Raudhah at-Thabilin 10/86 I ‘anah at-Thalibin 4/166)

Hukum rejam atau sebat kepada orang yang berzina ini tidak dilakukan kecuali apabila telah mencukupi segala rukun dan syarat-syaratnya serta tsabit itu ialah masuk kemaluan lelaki dalam kemaluan perempuan.

Walaupun perbuatan oral seks itu bukan zina, namun ia telah menghampir zina. Dan dalam keadaan seperti ini zina bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

Zina selain salah satu dosa besar dan hukumnya juga berat, maka balasannya di akhirat pula amatlah pedih, sebagaimana riwayat hadis ini : Daripada Buraidah Radhiallahu ‘Anhu, daripada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam katanya :



Maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi bersungguh-sungguh melaknat syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, dan sesungguhnya kemaluan orang-orang yang berzina itu akan menyakiti penduduk neraka dengan baunya yang busuk.”

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi



Maksudnya : “Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak akan melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih, (golongan itu ) ialah syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang pembohong dan peminta-peminta yang sombong.”

(Hadis riwayat Muslim)

Balasan kerana zina itu bukan sahaja akan diterima di akhirat, bahkan ketika di dunia lagi, sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

Maksudnya : “Apabila zahir (nyata zina dan riba dalam sesebuah kampung, maka penduduk kampung itu telah menghalalkan untuk diri mereka sendiri azab dan siksa Allah”.

(Hadis riwayat al-Hakim dan dia berkata sahih isnadnya)

Demikian sedikit gambaran mengenai balasan terhadap orang-orang yang berzina itu, mudah-mudahan ia menjadi iktibar dan peringatan kepada orang-orang Islam, khasnya mereka yang melakukan oral seks, kerana di antara zina dan perbuatan oral seks itu tiada jauh batas sempadannya. Adapun mahkamah yang membebaskannya tanpa sebarang hukuman, sama ada kerana tida menepati tuduhan di bawah seksyen mencabul kehormatan, atau seks luar biasa, atau kerana ketiadaan peruntukan mengenainya, adalah itu semua semata-mata pekara mahkamah, tiada bererti ia menafikan keburukan oral seks itu, dan tidak bererti juga ia tidak bersetuju bahawa oral seks itu adalah perbuatan tidak bermoral yang mendatangkan dosa. Kerana dalam konteks moral semua agama selain Islam adalah sama sahaja mengagungkan moral itu. Kerana itulah, seperti juga Islam, maka tidak satu agama pun yang merestui zina, yang menghalalkan minum arak atau berjudi dan lain-lain keburukan yang sedia ditolak dan diharamkan oleh Islam.

Maka disegi Islam, keputusan mahkamah membebaskan pelaku oral seks itu adalah semata-mata perkara keduniaan. Ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada kedudukan hukum. Jika sekiranya sesuatu yang haram pada hukum syara’ telah diputuskan sebagai harus atau halal oleh mahkamah, maka keputusan itu sama sekali tidak akan mengubah hukum asal yang telah ditetapkan oleh syara’ itu, walau apapun alasan mengenainya. Jadi berlandaskan hukum syara’ sesiapa yang terlepas daripada hukuman mahkamah itu, tidak bermakna akan terlepas atau bebas pula daripada hukuman Allah berupa balasan azab di dunia mahupun di akhirat.






Sumber : Nurjeehan.worpress

Tuesday, August 18, 2009

Sesungguhnya ALLAH sentiasa melindungi hamba-hamba yg sentiasa dekat denganNYA

Kisah Benar... Hampir Dirogol!!
*ape y menarik aku amik dr email
Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisahaneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol
tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu
ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orangmukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa
dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.....

Sedikit sambungan sebagai pelengkap

Diantara cara untuk menyatukan ketiga-tiga maksud hidup tadi duduknya dalam kerja-kerja kekhalifahan. Dari sinilah iman terbentuk lalu menjadi kuat dan mantap, dari pada kerja itu juga boleh membentuk akhlak dan mencuci hati, sebab sebagai seorang Da'i(pendakwah) perlu kepada kesabaran persis kesabaran nabi-nabi, al-maklumlah banyak tentangan, bankangan dan curiga, namun perlu banyak mengalah dan bersabar disebabkan kita nak takel hati dia, dan bawa dia kejalan yang lurus.

Dari kerja-kerja ini juga secara automatik kita akan hampir kepada Allah swt kerana, kita tidak ada kuasa nak bagi hidayah, siang kita usaha berdakwah, malam kita doakan supaya Allah swt bagi dia hidayah.

Di dalam gerak kerja-kerja kekhalifahan ini juga terangkum semua sendi-sendi agama. Tauhid, Fiqah, Tasawwur, Usuluddin, Akhlak, Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat, tarbiah, tazkirah, tazkiah dan segala macam ilmu agama dapat diamalkan, dipraktikan dan disuburkan. Kenapa macam hebat sangat nie?...sebab kerja kekhalifahan atau Da' i atau pendakwah adalah kerja yang BESAR yaitu kerja sekalian NABI-NABI DAN RASUL terdahulu, menjadi pusaka yang berharga kepada umat akhir zaman. Rugi besar kalau tak ambil bahagian.

Kebesaran ALLAH

MUngkin ini dpt dijadikan sebagai sumber rujukan anda

Mungkin ini dpt menjadi salah satu sumber rujukan anda, mudah mudahan ianya terpahat di minda anda, seterusnya semoga perjalanan hidup anda akan terus fokus kepada matlamat yang akan disebutkan nanti. InsyaAllah. Terlebih dahulu ingin saya katakan disini, bahawa saya bukanlah org pandai cuma saya dapat tahu dari seorang ustaz. Alhamdulillah bolehlah dikongsikan bersama sekadar yang tahu. Yang pandai dan sempurna pengetahuannya ialah ALLAH swt yang maha bijaksana. Manusia hanya memiliki ilmu yang sedikit.

Jawapannya ialah:
1. Sebagai hamba yang memgabdikan diri kepada Allah swt.
2. Untuk memperbaiki amal
3. Sebagai khalifah dimuka bumi.

Yang pertama sebagai hamba yang sentiasa menghambakan diri kepada Allah, contoh yang terbaik dan sesempurna manusia ialah Nabi SAW.

Yang kedua untuk memperbaiki amal, contoh yang terbaik ialah para sahabat-sahabat nabi SAW seramai 124,000 orang semuanya, dimana mereka dulunya adalah dari kaum jahiliah yang tidak ada dalam sejarah manusia yang lebih rosak dari mereka samada dahulu atau akan datang. Sehingga kerajaan Rom pun tidak mahu menakluk mereka kerana bimbang dijangkiti akhlak mereka. Kemudian mereka memeluk islam lalu mereka memperbaiki keadaan mereka sehingga hati mereka sangat suci dan diredoi.

Yang ketiga sebagai khalifah dimuka bumi, contoh yang terbaik ialah gandingan antara Nabi SAW dan Para sahabat-sahabatnya dalam mengembangkan dan meninggikan kalimah Alllah dimuka bumi.(Berdakwah)

---------

Untuk yang pertama, beribadah 24 jam adalah mustahil bagi kita, tetapi dengan kaedah sunnah yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW kita boleh. Dengan mengamalkan sunnah Rasulullah hidup kita hidup ini menjadi ibadah. Sebagai contoh tidur menjadi ibadah jika bibuat dengan niat yang betul dan dengan adab yang betul, disini kita dah dapat pahala untuk tidur ianya juga dikira ibadah. Makan dengan niat dan adab yang betul juga menjadi ibadah. Bekerja menjadi ibadah jika dengan niat dan adab yang betul. Berkawan, berjiran, bercakap, bergurau, berkahwin, berpakaian, berniaga dan lain-lain semuanya menjadi ibadah jika dgn niat dan adab yang betul. Untuk ini kita kena blajar ilmu sunnah Rasulullah saw. supaya setiap saat dalam hidup kita tidak jadi sia-sia. Ianya adalah sentiasa PELUANG untuk kita melakukan IBADAH...Ibadah ada yang khusus dan ada yang umum. Ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, baca quran, berzikir, berselawat, berdoa dan sebagainya. Ibadah umum seperti yang diatas dan lain-lain.

Untuk memperbaiki amal pula ialah iman dan akhlak. Iman adalah asasnya, sementara akhlak adalah perhiasannya. Iman dan akhlak tempatnya dihati, ia zahir melalui perbuatan, tingkahlaku, percakapan dan pendirian. Hati manusia umpama sebidang tanah, jika mahukan hasilnya ia perlu diushakan, jika dibiarkan ia akan menjadi semak-samun lalu menjadi hutan kemudian menjadi habitat dalamnya segala macam binatang buas.

Oleh itu hati perlu dijaga dan dibersihkan sentiasa dari sifat2-sifat yang keji seperti dengki, iri hati, sombong, cinta dunia dan sebagainya, kemudian dimasukkan dengan sifat2 yang terpuji seperti ikhlas, tawakkal, redho, rendah hati dan macam-macam lagi. Bagaimana kita lahir dalam suci bersih, kemudian begitulah juga ketika mati, jika mati dalam perjuangan sudah termasuk dalam hitungan.

Sementara iman pula perlu disuburkan yaitu beriman kepada Allah swt, Nabi dan Rasul, Malaikat, Al-Quran, Hari kiamat dan berita-berita ghaib yang diberita kan oleh nabi SAW. Dan lain-lain yang berkaitan. Iman yang paling tinggi sekali dalam diantara seluruh umat Nabi Muhammad SAW ialah iman saidina Abu Bakar as siddiq.

Yang ketiga ialah sebagai khalifah dimuka bumi. Khalifah ini tugasnya ialah memgembang, menguatkan, mempertahankan, memperjuangkan, menyebarkan, meluaskan, meninggikan dan sebagainya agama Islam dimuka bumi. Seperti mana Nabi dan Para sahabat, mereka berjuang siang dan malam untuk mengembangkan agama islam, mereka meletakkan agama dihadapan dan lain-lain perkara dibelakang. apabila keadaan mendesak nyawa nyawa mereka pertaruhkan untuk mencapai matlamat ini.

Akibat dari itu Islam tersebar merata dunia. Bagaimanapun ruang untuk kita masih ada, berbillion lagi manusia tidak mendapat islam yang perlu kita usahakan. Disamping itu kawalan dari dalam diperlukan, dimana orang islam sedikit-demi sedikit sudah jauh dari agama, mereka ini perlu didekatkan kepada Islam. Untuk perkara ini anda perlu libatkan diri dalam kerja-kerja kekalifahan, perlu bergabung dalam satu kumpulan yang mempunya sifat2 kerja2 kekhalifahan ini.

Dalam erti yang lebih ringkas, disebut dalam surah Al-Asr. (Demi masa.... dan seterusnya). Ada 4 ciri didalamnya iaitu Beriman, Beramal soleh, perpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar (Istiqomah). 4 ciri ini mengarah kepada Taqwa. Orang yang paling taqwa adalah yang paling mulia disisi Allah swt.

Sekian.. jika ada silap dan kekeliruan boleh dibincangkan...insyaAllah..

Saturday, May 2, 2009

Allah Maha Besar!!

.: Assalamu'alaikum~~

ALLAH Maha Besar!! ALLAH Maha Besar!!
Keagungan CIptaan ALLAH~




"Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali.......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman."

Tuesday, April 28, 2009

Iman yang teguh penjamin di Akhirat

Jangan Memain

Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja berhati-hati!
Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal
dan kereta.

Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau
merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.



Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan
terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa
dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.



Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal.


Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati
ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.


Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah
dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi.....

Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati
sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan
sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.



Kisah kedua
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.


Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal.

Satu hari, dihadapan
kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk
kristian.

Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana
kemalangan.

Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di
kebumikan berdekatan dengan masjid.



Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari
kubur simati.

Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang
budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan.

Setelah
ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati......dan mayatnya pun
dipindahkan ke kubur Kristian.


Barulah tiada tangisan kedengaran.. ...

Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak,
adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana.... tanpa disedari.



Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai
di Port Klang.

Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah
diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar... .

Samada benar
atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah
diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...

Wallahu'alam. .....
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ....namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ....., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki
arasy yang agung "

copy from: izzah al-hafizah

Monday, April 6, 2009

Nilai Diri Anda dan Fikirkan

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45 APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12y

Sunday, March 22, 2009

Adakah....

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnyaDiri : Terima kasih pegawai kewanganku ..******Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah untuk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

*****
Oooh, iman kembalilah kepadaku
hadirmu sekejap cuma
Aku terlalu merinduimu... ='(