Showing posts with label Relax your mind. Show all posts
Showing posts with label Relax your mind. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Musafir Dunia


Hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan, untuk menjadi seorang yang pengecut dan tidak berimpian,

`Ada yang di lahirkan Mukmin,Hidup sebagai Mukmin ,dan Mati Mukmin`
`Ada yang dilahirkan kafir,hidup kafir ,dan mati Mukmin` ,
`Ada yg lahir Mukmin ,hidup Mukmin dan mati kafir....

Dimanakah anda letakkan diri anda?? cerita tentang seorang alim di sebuah kampung cukup mengajar kita... orang yang sebegitu alim boleh tewas inikan lagi kita... Teguhkan iman tingkatkan Amal.

Hidup di dunia Ibarat Musafir yang berhijrah mencari sesuatu bekalan dalam menguatkan diri dan juga untuk digunakan dalam hidup Si Musafir kelak, Begitu juga dengan kita sebagai Musafir yang hidup didunia untuk mencukupkan bekalan untuk kenikmatan di Akhirat kelak..

Carilah nikmat sejati... yang kekal selamanya.....

Thursday, September 3, 2009

4 yang penting ..







PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan

1#. makan daging
2#. memakai haruman
3#. kerap mandi
4#. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1#. banyak berkelamin (bersetubuh)
2#. selalu cemas
3#. banyak minum air ketika makan
4#. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1#. duduk mengadap kiblat
2#. bercelak sebelum tidur
3#. memandang yang hijau
4#. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1#. memandang najis
2#. melihat orang dibunuh
3#. melihat kemaluan
4#. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1#. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur

1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. Tidur para ulama` dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. Tidur para raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. Tidur Syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




p/S:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
(yang ni je xde empat )..hehe

Friday, August 28, 2009

Rahsia poligami ... Taktik berkesan...

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman OK la kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu dihari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?

Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ...."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak tendang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami".

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu..

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

Sunday, August 23, 2009

Sentiasalah perbaiki diri anda..

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG..

kuang...kuang. .kuang...

Saturday, August 22, 2009

Pengumuman

Kepada semua staff ali resources sekalian..
Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih

Friday, August 21, 2009

Cerita Seram pulak..

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul,dah la ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,

Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!

Tunggu punyer tunggu?dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler?
peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !

"Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau!

Thursday, August 20, 2009

Relaxkan minda setelah sedikit perkara yg berat itu

Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine's Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.

Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui 'chatting' di Internet.

Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.


Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.

Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.

Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.

Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine's ini bersama sang kekasihnya.

Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.

Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini...?

Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi...patutkah dilakukannya kepada Linda?

Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud,

"Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali."

Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya,

"Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan."

Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak...

Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.

Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine's, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.

Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.

Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan 'sesuatu' yang akan berlaku malam ini, dan....

TOK! TOK!! TOKKK!!!
TOK! TOK!! TOK!!!

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.

ASSALAMUALAIKUM!
ASSALAMUALAIKUMM!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.

"Waalaikumsalam...siapa tu?" jawab Malek memberanikan diri.

"Ini JAIS...boleh tolong buka pintu tak?" jawab suara dari luar.

JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.

"Habislah aku malam ini," Malek berasa hendak menangis.

Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.

"JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!" suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.

"You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey," kata Malek tergagap-gagap.

Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.

"Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?" tanya Malek terketar-ketar...

"Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?" tanya pemuda itu semula pada Malek.

"Err...siapa nama kau tadi?" tanya Malek sekali lagi.

"Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?"

"Err...takde apa-apa," jawab Malek perlahan.

Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya...

Moral ceritanya...

Janganlah terpedaya dengan hasutan kawan-kawan yang ajak melakukan maksiat, supaya anda tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rosak seperti mereka. Takutlah pada dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pelaku maksiat.

Kalau cita-cita anda hendak melakukan maksiat tiba-tiba terkantoi, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan anda.

Renung-renungkan

Kepada guru-guru diharap bersabar..=)

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Lawak sebentar

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......